Assalamualaikum, Seronok bertemu anda semua 👋


Rezeki adalah misteri kehidupan yang dirahsiakan Allah s.w.t . Perjalanan hidup setiap manusia sudah ditetapkan, begitu juga bahagian rezeki. Selagi nyawa masih ada, jaminan rezeki akan berjalan dengan aturanNYa. Cuma, kita perlu mencari rezeki untuk kehidupan dunia dan juga untuk akhirat. Ironinya, kedua-dua rezeki ini perlu dicari dalam masa yang sama!
Kita masing-masing punya masalah. Setiap orang tidak akan terlepas. Ada yang diuji dengan masalah rezeki (harta, wang ringgit), ujian rumahtangga dan pasangan, hutang yang pelbagai dengan sebab-sebab tertentu, dan 1001 lagi masalah dunia. Orang yang kurang berduit diuji, orang kaya juga diuji. Bukankah kehidupan ini tempat ujian bagi orang-orang yang beriman?
Saya nak ucapkan terima kasih kerana sudi membaca tulisan Tenaga Rezeki. Saya berharap, ada manfaat baik untuk anda dan saya. Selagi ada nyawa, terus berjuang!



Komuniti
Membina komuniti bebas hutang, positif, kaya serta bahagia.

Ilmu Percuma & Premium
Segala perkongsian adalah percuma. InshaAllah kandungan berkualiti tinggi.

Peningkatan Diri
Fokus memperbaiki diri dengan perubahan 1% kebaikkan setiap hari.